Nayli Mithali Binti Mohd Hisham

Lilypie First Birthday tickers

Follower Wanita INI

Friday, December 31, 2010

Happy New Year

Smlm dapat berita gembira alhamdulillahhhh rezeki ank la kot kan....bersyukur sangat.....hope tahun 2011 adalah tahun bertuah bg kami sekeluarga.... x sabar nak menanti kehadiran si comel ini sebagai hadiah anniversary buat suami tercinta muahhh....


Happy New Year

Evening Primerose Oil untuk INTAN

Mommy kan selepas setahun lebih kawin baru peknen .... nie bff mommy yg syor kan mkn....alhamdulillah serasi bersama...nengok2 lekat alhamdulillah.....

cousin mommy pun lepas gugur mkn nie terus lekat....so mommy nak share lah ngan kawan mommy biar sama2 dapat zuriat.....ubat nie mommy oder ngan bff mommy yg keje kat klinik....nak cari kat farmasi ssh.....



Raksaksa Datang

Hye All,

Pagi nie mommy bfast bee hoon goreng cintaku jek .... en.asben dah lapo kesian lak x buat bfast....lepas mkn masing2 melingkau la sambil nengok movie kat laptop... mommy biasalah dah melingkau mesti lah sekerat citer pun lom dah ZZzzzzzzzzz.......


Sedang asyik tido ada org ketuk pintu rupe2 ada raksaksa yg dikenali ramai dtg he3.... dia drop kan ubat tuk my friend and for me is........................................

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tq penaja baskin robbins ini...almaklumlah bff dia sarat mengandung...mintak ape semua dapat....nak mintak emas dapat x???? kah3

Thursday, December 30, 2010

Congrate to lily peknen adik danish

Dalam diam2 cousin aku memotong aku dalam diam he2... so skrg danish dah jadi abg danish he3.. tahniah diucapkan kepada lili & wan ..... rezeki Allah tue....
 
 
 
Ada gaya abang2 x????

Khairul Fahmi Che Mat

KhairulFCmat.png
Personal information
Full name Khairul Fahmi bin Che Mat
Date of birth January 7, 1989 (1989-01-07) (age 21)
Place of birth    Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Height 1.70 m (5 ft 7 in)
Playing position Goalkeeper
Club information
Current club Kelantan FA
Number 19
Youth career
2008-2009 Kelantan FA President Cup
Senior career1
Years Club App (Gls)*
2009
2010-present
Kelantan
Kelantan
0 (0)
17 (0)   
National team2
2010-present
2010-present
Malaysia Malaysia U-23
Malaysia Malaysia
3 (0)
7 (0)

Cuti UMUM i like....

Thank You Comments and Scraps
 
 
Najib Umum 31 Disember Cuti Umum Bagi Meraikan Kejayaan Skuad Harimau Rangkul Piala Suzuki AFF
 
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Rabu mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.

Ole..Ole...Ole..Ole Kita Menang Kita la JUARA.......

Congratulation Comments and Scraps

Smlm sedang khusuk menyediakan rencah for dinner = n.goreng meriah...en.asben call ummi iman n ayah iman nak datang...so i pun dengan relaxnyer menyediakan dinner yg simple itu... ayah iman nak nengok bola takut x sempat nak balik umah singgah la tengok bola...syok gak kan nengok ramai2... ada jadi pengulas, ada jadi penyorak tapi paling kesian Iman la terkejut dengar jeritan ayah sendiri GOLLLLL!!!!!!


Game kejohanan Piala AFF Suzuki nie aku suke sbb malaysia punyer performance mmg class u.... pastue keeper pon mantop dengan rupa ala2 korean look berpeluh pun ttp hensem.... aku ngan adik ipar dok usha keeper jek ha3.. mesti en.asben meluat kah3...ala syg ttp dihati ku he3...





Saya bangga jadi anak malaysia....yahoooo

Wednesday, December 29, 2010

living cabin giveaway from [-suziey-] dot com

Join GA suziey dot com dipetang hari...hope adalah luck...sungguh teruja dengan barang yg cute itu....sungguh2 comel... kepada yang nak rebut peluang mari ramai2 serbu Blog Ini


~ pasti comel kan termometer2 itu melekat kt fridge korang..hehe..rama2 tu pn xketinggalan.. :)~

~utk perbandingan yg jelas saiz termometer FM ni...tu kertas A4 ~

so..mudah saja..ape yg perlu korang buat adlh:

1. make sure korang adlh follower www.suziey.com & http://suzieydotcom-in-contest.blogspot.com :)
2. buat n3 dan tepek gbr FM kt ats dlm n3 korang..nk tepek 1 pn bole..tepek 2-2 pn bole...TIDAK PERLU tepek kt sidebar..
3. submit link kt comment box n3 GA ni shja

DONE!

closing date: 11.1.11 @ 11.11pm :)



Tanda-tanda Bersalin

Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Mengapa perlu induction

Pada kebiasaannya sakit bersalin akan bermula dengan spontan tanpa paksaan atau  desakan dari faktor-faktor luaran.     Pada kehamilan yang normal, bayi menentukan tarikh lahirnya sendiri yang biasanya akan jatuh di sekitaran tarikh jangkaan lahir (E.D.D.) yang dikira mengikut hari pertama haid yang terakhir dicampur dengan sembilan bulan tujuh hari iaitu tempoh penuh bagi kehamilan ialah 40 minggu.     Walau demikian kita anggap bayi sudah sampai ke cukup bulan apabila mencapai 37 minggu kehamilan.
     Bagi mereka yang haidnya tidak teratur menyebabkan percantuman benih berlaku agak lambat sedikit kiraan E.D.D. ini akan berganjak.Pada amalan saya sendiri jarangkali saya biarkan ibu yang hamil melebihi seminggu selepas E.D.D. 
Mengapa kita perlu mempercepatkan kelhiran setengah bayi?
Diantara sebab-sebab adalah seperti berikut.   
1. Ibu yang mengalami penyakit darah tinggi ataupun toxemia kandungan (pre-eclampsia) yang biasanya bermula ketika umor kehamilan mencapai tujuh bulan. Dalam keadaan ini fungsi uri terganggu menyebabkan bekalan oksigen dan makanan kepada bayi ini terjejas dan kesannya padfa bayi dalam kandungan ialah gangguan dalam pertumbuhannya. Oleh itu jika bayi yang telah terjejas pertumbuhannya tidak dilahirkandengan cepat ia menghadapi risiko mati dalam perut.
2. Ibu yang menghadapi penyakit kencing manis atau diabetes. Dalam keadaan diabetes khususnya yang kurang stabil dan paras glukos dalam darahnya tidak dapat dikawal dengan ubat dan air kencing mengandungi gula bayi menghadapi risiko mati dalam perut. Seringkali bayi menjadi terlalu besar melebihi daripada ukuran atau pertumbuhan yang normal dan ini boleh menyulitkan kelahiran. Mengikut amalan biasa, adalah lebih baik dan lebih selamat bayi dilahirkan sebelum cukup bulan iaitu mulai 37 minggu kehamilan.
3. Keadaan-keadaan yang menyebabkan pertumbuhan bayi terjejas. ini boleh ditimbulkan oleh macam-macam perkara, samaada penyakit pada ibu seperti penyakit jantung kurang darah (anemia) atau keadaan yang tidak diketahui puncanya iaitu di mana uri menjadi rosak dan menjejaskan fungsi untuk membekalkan oksigen dan makanan.
 Bayi bayi  yang terjejas pertumbuhannya, biasanya dapat dikesan melalui timbang berat ibu yang tidak meningkat.    Biasanya timbang ibu sampai ke lapan bulan adalah dalam lingkungan 10 hingga 12 kilo.    Timbang berat yang tidak meningkat adalah petanda pertama dan bila diperiksa perutnya rahimnya agak kecil, menunjukkan bayi tidak membesar dan bila dibuat ultra-sound scanning nyata sekali ukuran bayi memang jauh lebih kecil daripada sepatutunya.
Keadaan ini jika dibiarkan sampai ke cukup bulan, mungkin bayi boleh mati dalam perut.   Bayi-bayi seperti ini biasanya tidak boleh tahan proses sakit bersalin kerana kuncupan rahim boleh menjejaskan bekalan oxygen kepadanya.      Oleh itu jika keadaan gangguan pertumbuhan bayi ini agak teruk, lebih selamat jika bayi ini dilahirkan secara pembedahan cesarean.    Tetapi jika keadaanya belum sampai ke tahap membimbangkan, ia masih ada peluang untuk dipaksa kelahirannya secara “induction”.
4. Setengah orang memang memilih tarikh tertentu untuk melahirkan bayi atau mereka lebih selesa memilih cara kelahiran yang dipaksa (induceed) kerana ia tahu bila ia akan masuk ke hospital. Ertinya ia tak mahu menanti timbulnya kesakitan bersalin secara spontan kerana mungkin waktunya tidak sesuai, mungkin waktu itu ia keseorangan dan suaminya tiada di rumah dan tidak ada orang lain yang boleh menghantarnya ke hospital. Oleh itu ia lebih selesa untuk masuk dahulu dan bersalin secara paksaan. Ini hanya boleh dilakukan apabila bayi telah cukup bulan, makna selepas 37 minggu ke atas.
5. Bayi yang telha melebihi tarikh jangkaan bersalin iaitu lebih 40 minggu (postm-maturity). Jika tidak ada tanda-tanda ia boleh bersalin secara spontan dan saiz bayi telah telah mencapai ke tahap pertumbuhan yang memuaskan, lebih baik induction dilakukan untuk mencegah kemungkinan bayi lemas dalam atau mati dalam perut.
Bagaimana kita lakukan induction ini?
Terdapat banyak kaedah yang boleh mencetuskan kuncupan rahim bagi memulakan sakit bersalin.    Ubat-ubat yang sering digunakan ialah ubat Oxytocin atau Pitocin yang diberikan secara drip melalui saluran darah, mulai dari dose yang rendah dan seterusnya ditingkatkan bergantung kepada reaksi kuncupan rahim.    Di samping itu satu tatacara untuk memecahkan selaput karung bayi akan dilakukan dengan menggunakan satu alat melalui faraj.    Proses ini digelar dengan nama A.R.M. atau 'Artificial rupture of membrane'.  Air ketoban akan mengalir keluar dan dari warna air ini doktor boleh mengetahui tentang keadaan bekalan oksijen kepada bayi.
  Dengan melakukan tatacara ini, biasanya ia akan mencetuskan kuncupan rahim dan memulakan proses sakit bersalin.     Cara lain ialah dengan menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam saluran faraj.     Diantara ubat-ubat ini ialah daripada hormon Prostaglandin dan terbaru sekali ialah ubat Cytotec yang biasanya digunakan untuk merawat sakit perut.    Kita dapati dengan cara memasukkan ubat ini ke dalam saluran faraj,  kuncupan rahim boleh dicetuskan.
Memantau sakit bersalin
Pada kebiasaannya proses ‘induction’ untuk mecetuskan sakit bersalin dimulakan pagi hari setelah pesakit diberi julap atau enema untuk mengosongkan saluran najis agar ia tidak menggganggu kelahiran kelak. Setelah ‘induction’ dimulakan, ibu tersebut akan disambungkan kepada bilik kawalan jururawat melalui komputer.
  Kebanyakan pesakit akan lahir pada waktu petangnya atau awal malam, tetapi ada juga setengah wanita  khususnya mereka yang melahirkan anak sulong akan mengambil masa agak lama sedikit, mungkin ada yang sampai keesokan harinya.    Perlu diingat bahawa proses ‘induction’ ini hanyalah untuk mencetuskan sakit bersalin yang agak sama kualitinya dengan sakit bersalin yang berlaku secara spontan.     Jangka waktu sakit biasanya tidaklah melebihi dengan sakit bersalin secara spontan dan ia dilakukan atas sebab-sebab tertentu  dan yang memang ada asas untuk melakukan induction ini.  
Oleh itu tidaklah perlu bimbang bahawa dengan melakukan 'induction' ini kemungkinan untuk lahir secara pembedahan atau forceps akan meningkat.         ‘Induction’ adalah untuk mengurangkan risiko bayi mati dalam perut.     Mengikut kajian perangkaan, kaedah ini memang telah dibuktikan faedahnya dalam mengurangkan kadar kematian bayi.

Good Luck Malaysia

Good Luck kepada player malaysia untuk game mlm nie.... juara milik kiter..... x sabar nak nengok game mlm nie... bukan senang aku nak nengok bola tapi kali nie aku mcm teruja lak nak nengok sbb skill permainan mmg best giler..... go baby go he3..


Good Luck

Cerita Semalam

 
 
Ptg smlm en.asben call suh balik awl skit dalam 15minit awal... dia kata ada hal...rupenyer nak g shah alam...lepas mandi bersiap2 bagai bertolak la ke shah alam....masa lalu DUKE lebat gile hujan masuk NKVE terus x hujan alhamdulillah jln x licin kan... aku mcm biasalah dah tertido dalam kete sedar2 dah sampai shah alam... rupa2nyer en.asben nak p main bowling ha3....


Kusangkakan 2game jek rupenyer 4game aku yg x leh nak join itu game mencekik waffer n corn in cup jerlah... klu aku join kang mau terberanak lak... nasib ada irfan leh gak main2 ngan dia...tapi nak dukung dah x larat biasalah perut melebihi had...he3...

First game en.asben x berapa nak menjadi laaaa... second n 3rd power sekali yg 4th kalah satu mata jek ape daaa... x perlah main tuk enjoy kan...kesina en.asben dah lama x berpoya2 ngan kawan dia...so biarlah smlm dia enjoy bersama kaumnyer he3...

Habis game kami g mencekik la apelagi... kat mana???? biasalah klu ada azam & mar mestilah Rafi ha3...mmg kedai pilihan hatinyer.... 12.30 gerak balik umah perut aku dah sebu mkn lambat hu3.... sampai umah kul 1.15am...so amik ubat pagi nie kesingan nak bangun pagi... kesian en.asben lambat.... aku klu balik bukan leh tido terus...si tecik dalam perut nie aktif diwaktu mlm so mommynyer x leh la tido selena-lenanyer.... lupa nak snap gambo ngan irfan smlm... next time mommy snap ok.... daaa

Morning and happy wednesday

Good Morning picture
And     
Have A Wonderful Wednesday picture

1ST EIJAM'S FAMILY GIVEAWAY

Join GA Eijam's family untuk berkenalan lebih rapat...kata org x kenal maka x cinta he3... nak citer pasal tuan umah pun baru nak kenal2 salam perkenalan jerlah diucapkan pada tuan tanah.... moga persahabatan blogger berkekalan...amin... sesapa yang nak join ini GA jgn malu2 klik2 Disini

 Saya tag : Ummi Iman dan tasya


Tuesday, December 28, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU

Mari join ini GA....lampu IKEA ok hadiah dia....sungguh lumayan....mommy pun cuba lah luck mana taw rezeki ank yg dikandung ini...terang bilik mommy he3....kepada rakan2 blogger yang nak join sila laaa Klik2
rakan yg kena tag hari nie adalah :     http://ummi-iman.blogspot.com/   


 
Anda hanya perlu ikut syarat-syarat di bawah:

1. Jadi Followers eqbalzack.com.
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.


Tarikh Tutup: 
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan: 
1.1.11 jam 11.11 pagi

MAMALYNA'S GIVEAWAY : TEKA-TEKA

::TEKA-TEKA::

Jawapan mommy :

b) PINK

Giveaway Pertama Blog Sembang Hari2

Selamat ulang tahun yang pertama untuk Blog Sembang Hari2.... Moga blog nie akan kekal aktif bersembang... kepada kawan2 yang nak join GA sembang ini rajin2 la Klik Disini

Blogger yg bertuah yg ditag oleh mommy adalah


http://blog-mizz-siha.blogspot.com/

http://www.asyurastory.blogspot.com/




Wife v/s New friend

Good Morning picture.
 
 Morning All,
 
Moga semua sihat walafiat mcm mommy sihat ini he3...korang b'fast ape today?mommy just makan kuih bahulu cecah nescafe jek...tue pun adik ipar bg ahad lepas...sodap gak he3...lapo ape pun sodap kan....
 
Mlm tadi mommy ada amik darah lagi kencing manis.... Otw g klinik tue tetiba panggilan dari kawan baru en.asben kush2 hotahair call mintak tlg anto ker LANCANG pahang...giler ke ape??? ingat dekat nak patah balik... en.asben dengan baik hati nak antokan la kan... pastue en.asben ajak la bini yg mengandung emosi x menetu nie...... mmg nak kena zasss la kan....
 
kiter tangan dah la sakit dicucuk2 pastu dengar berita mencucuk mmg naik la darah mommy.... mommy cakap laaa apesal masa krismas x nak balik sana ??? balik la naik bas..dah la baru kenal.... ngada2 nak baik2... bukan x nak tolong...klu nak tlg tue biar la logic skit...esk keje kan...ngan aku yg dah sarat...sampai klinik aku kuar dengan hati yg membara laaa.... nasib la result ok 5.0 jek alhamdulillah.....
 
en.asben memulakan bicara dengan pertanyaan ok ker darah aku jawab ok....pastue kawan baru dia call lagik... dia kata x leh nak anto sbb bininyer(mommy la tue) dah sarat.... terus bebunga2 hati aku ...sayang gak dia kat aku kan....terus ajak aku mkn char kueh tiow... yeaaa terus la sejuk hati sampai balik...balik2 nengok citer dari astro fiesta 3IDIOTS dengan hati yg tenang.....he3....

thanks to en.asben kerana mementing aku dari kawan barunyer itu muahhh
I Love You picture

Lucky Blogger Contest (1st Contest by Hahazirah)

kali nie mommy nak join contest Hahazirah yg sesimple kacang goreng ini...hanya luck yg menetukan segalanyer.... minggu nie contest nie yg first mommy sertai ....teruja la gak kan....hadiah bukan ukuran yg penting enjoy join the contest.... kepada blogger lain yg nak sertai sila Click2 disini

Member yg di tag : Tasya,Ummi Iman,Sieha,syura
 
 
 
 
 
 
 Cara mudah untuk sertai contest ini:
  1. Follow blog Hahazirah Through Heart. No excuse, haha!
  2. Buat satu entri kat blog korang bertajuk 'Lucky Blogger Contest by Hahazirah'. Letak banner contest nih di entri tu then tag blogger lain untuk join contest ini at least 3 orang, lebih takpe. 
  3. Tinggalkan link url entri korang kat bahagian komen entri ni jugak.

3 Idiots...layan beb....persahabatan sejati

3 Idiots bercerita tentang tiga orang sahabat, yang sama-sama kuliah di Imperial College of Engineering. Merupakan salah satu perguruan tinggi Tehnik terbaik di India. Ketiganya yaitu Farhan Qureshi (R. Madhavan), Rastogi Raju (Sharman Joshi), dan Rancchoddas "Rancho" Shyamaldas Chanchad (Aamir Khan). Farhan dan Raju adalah mahasiswa dengan latar belakang sederhana sementara Rancho dari keluarga kaya. Farhan sebenarnya ingin sekali bercita-cita sebagai seorang fotografer satwa liar, namun keinginan itu harus kandas karena memenuhi keinginan ayahnya untuk masuk ke perguruan tinggi. Raju, agak dilematik di satu sisi dia meletakkan beban di pundaknya untuk mengangkat derajat keluarganya yang miskin. Sementara Rancho adalah si jenius yang kaya raya tujuannya belajar adalah untuk bersenang-senang, karena ia memang tidak mempunyai beban sama sekali.

Rancho, memiliki pandangan berbeda mengenai ilmu pengetahuan dan membuat mesin. Pandangannya begitu maju dan menentang pandangan kuno tentang membuat mesin. bahwa semuanya tidak hanya berdasarkan "teks book", seperti yang dia ajarkan di perguruan tinggi saat ini. Dan juga ia menentang salah satu pengajarnya Profesor Viru atau biasa di panggil "Virus"(Boman Irani), oleh mahasiswa yang lain. Hal ini di awali setelah ada salah seorang mahasiswa bernama Joy Lobo, gantung diri di kamar asramanya. Kemudian Rancho menentang Virus dan memberikan sebuah data banyaknya mahasiswa yang bunuh diri, di sebabkan oleh salahnya sistem pengajaran, yang hanya menitik beratkan dari nilai ujian bukan atas dasar kreatifitas diri mahasiswa yang terkait.

Maka mulailah perseteruan antara Rancho dan Virus. Virus memberi label kapada Rancho dan ke dua kawan baiknya itu sebagai "idiot". Ia juga mempengaruhi Farhan dan Raju untuk menjauhi Rancho. Sebaliknya siswa kesayangan Virus adalah Chatur Ramalingam atau "Peredam", (Omi Vaidya). yang melihat peringkat tertinggi berdasarkan nilai, sangat bergengsi dan merupakan tiket untuk nilai status yang lebih tinggi, ia memandang kekuasaan korporasi adalah kekayaan.

Chatur sesuai dengan harapan sistem. Rancho pun "mengerjai" Chatur, suatu saat Chatur mendapat kehormatan untuk berpidato di sebuah upacara penghargaan yang di hadiri oleh para petinggi perguruan tinggi tersebut termasuk virus. Rancho, Farhan dan Raju mengganti isi pidato tersebut dengan kata-kata kotor, yang sebelumnya telah di tulis oleh pustakawan. Nah, seperti yang harapkan ke tiganya, chatur tanpa berfikir dan curiga sepertinya ada yang tidak beres, dan terlebih kurangnya pengetahuan tentang bahasa. Pidato tersebut kontan menjadi bahan tertawaan penonton dan membuat "berang" Virus.

Rancho jatuh cinta kepada mahasiswi Jurusan Medis, Pia (Kareena Kapoor) putri dari si "diktator" Virus. Mereka bertemu di jamuaan pernikahan kakaknya Pia, mereka bertiga datang tidak di undang hanya ingin mendapatkan makanan gratis. Pia, agak anaeh dengan ke tiga orang itu dan manayakan kepada ayahnya Virus, siapa mereka. Setelah mendapati ketiganya adalah tamu terselubung, Virus bertindak yang sangat menyebalkan kepada ke tiga sahabat karib tersebut.

Ketegangan terjadi, saat mereka sedang mabuk berat. Ke tiganya masuk ke rumah Virus seperti maling. Rancho masuk ke kamar Pia untuk mengutarakan isi hatinya, setelah sebelumnya di panas-panasi oleh Farhan dan Raju. Namun Rancho salah yang di genggamnya adalah tangan kakak Pia yang sedang hamil. Yang sangat senang mendapati anak dalam kandungannya menandang, karena kata-kata yang di ucapkan Rancho. Sementara keadaan makin genting karena Virus mendapati ada yang tidak beres di rumahnya. Akhirnya mereka kabur karena takut ketahuan, sementara Raju menyampatkan untuk buang air kecil di pekarangan Virus, dan Viruspun melihat siapa yang menyusup ke rumahnya.

Ke esokannya, Virus memanggil Raju ke kantor. Mengancam akan mengeluarkan Raju dari kampus. Raju memohon agar jangan di keluarkan, permohonannya di manfaatkan oleh Virus. Ia bisa tetap kuliah namuan Rancho yanga kana di keluarkan. Di antara dua pilihan yang cukup sulit. Memilih dirinya sendiri atau menghkianati kawan baiknya itu? Raju lompat keluar dari jendela, kantor virus di lantai 3 itu. Membuatnya harus di rawat secara intensif dari Pia dan ke dua kawan baiknya. Pia menyaranka agar Raju di bangkitkan dengan motivasi yang bisa membuatnya bisa sembuh dari koma.

Setelah kejadian itu, membuat Farhan dan Raju mengadopsi pandangan Raju. Yaitu mengikuti apa yang di suarakan oleh hati. Farhan memutuskan untuk mengejar kecintaannya kepada fotografi. Menceritakan segalanya kepada ayahnya, apa yang ia impikan. Namun ayahnya menolak, kerena ia berpikiran dengan menjadi fotografer ia tidak bisa membeli rumah mewah dan melengkapi segala kebutuhannya. Namun Farhan bersi keras dan memberikan pengertian kepada ayahnya, yang terpenting kebahagianan dirinya. Ayahnya tetap menolak dan mengatakan, jika tidak maka kau akan bunuh diri seperti temannya itu Raju. Sambil menagis farhan menjawab, tidak, ia tidak akan bumuh diri seperti Raju. Kemudian ia bersimpah di depan ayahnya membuka dompetnya. Ada Foto ayah dan ibunya. Farhan berkata, Raju dan Rancho menasehati, jika ia bunuh diri apa yang terjadi pada senyum orang tua mu yang ada di foto ini. ayahnya pun tersadar dan merestui cita-cita anaknya tersebut, sambil memeluknya.

Dan Raju menghadiri wawancara untuk sebuah pekerjaan di perusahaan. Ia hadir dengan tubuh penuh plestar dan kursi roda. Raju dalan wawancara tersebut menjawab pertanyaan yang di ajukan dengan jawaban yang non-formal, jujur dan apa adanya. Walaupun sebenarnya tidak cocok ia bekerja di situ, jawaban tersebut sangat tidak di harapkan oleh perusahan, karena mereka butuh orang yang pandai berbohong dan merangkai kebongongan tersebut dengan cara indah. Namun karena ke apa adanya itu justru ia di terima bekerja, kerena ia jujur.

Namun, Virus tidak simpatik akan hal itu, ia akan "mengakalinya", dengan membuat soal ujian yang telah di atur sendiri agar Raju tidak dapat lulus ujian. Pia mendengar ide gila ayahnya dan menentangnya. Timbullah petentangan antara ke duanya. Virus mencela Pia dengan cara yang sama pada Racho, atas bunuh diri yang di lakukan Lobo. Dan Pia pun marah dan mengatakan sebuah kebenaran kepada Virus, bahwa kakaknya tidak tewas dalam kecelakan akan tetapi ia bunuh diri di depan kereta dan meninggalkan surat kepada Virus, yang selama ini di sembunyikan Pia. Isi surat tersebut adalah sebuah pernyataan Virus telah memaksanya mengejar karir di bidang tehnik. Padahal ia inigin sekai mengejar impiannya di bidang sastra.

Pia keluar dari rumah, mengambil kunci cadangan. Pia membocorkan hal ini pada Racho. Racho bertindak bersama Farhan. Menyusup masuk ke kantor Virus dan mencuri salinan soal ujian tersebut. Namun mereka lupa mematikan mesian fotokopi dan Virus mengetahuinya. Setelah itu berkas soal tersebut di serahkan kepada Raju, tapi yang terjadi adalah Raju, membuat kertas tersebut jauh-jauh dan mengatakan kepada keduanya. Hal ini tidak boleh di menangkan dengan cara curang.

Dan selanjutnya dapat di tebak, benar Virus bertindak. Memergoki mereka dan mengusir trio ini. Hal ini bertepatan dengan hamil tua anak Virus Mona (Mona Singh) dan sebentar lagi akan melahirkan. Saat itu hujan turun sengat deras dan menyebabkan banjir, sehingga tidak dapat mengantar Mona ke Rumah sakit. Sementara Pia sedang tidak di rumah, karena sedang beramasalah dengan ayahnya. Rachopun memerintahkan menghubungi Pia melalui VOIP, untuk membantu proses persalinan darurat.

Kepanikan terjadi, listrik tiba-tiba padam. Racho memutar otaknya dengan menyalakan listrik dengan menggunakan power baterai dari mobil Virus. Pia panik menyuruh Rancho menyiapkan sebuah penyedot untuk menarik bayi, dan mengirimkan bagaimana caranya melalui VOIP. Saat genting tersebut mereka semua tidak bisa menemukan alat seperti itu. Racho pun mengakalinya dengan membuat alat itu dari Vaccuum penyedot debu yang ia modifikasi.

Bayipun lahir, akan tetapi tidak bergerak sama sekali dan tidak menangis pula. Semuanya diam menjadi lengang. Kemudian Rancho mengendong bayi dan mengucapkan sebuah kata yang ia ucapkan pada saat ia merayu Pia di kamarnya. Bayi akhirnya menandang muka Rancho beberapa kali dan mulai menangis, kontan mereka semua bergembira dan terharu.

Dari kejadian ini, viru menyadari siapa dirinya selama ini "seorang diktator", dan mengatakan pada bayi "ia boleh jadi apa saja yang ia mau!," termasuk jadi pemain bola. Rancho harus bergegas karena ia sudah di usir, rachopun menghampirinya dan amembarikan sebuah pena, pemberian sebuah pena merupakan simbol seseorang Profesor kepada muridnya yang berprestasi dan cemerlang. Dan Viru mengakuinya bahwa murid itu adalah Rancho.

Setelah, acara wisuda dan kelulusan. Rancho kehilangan kontak dengan Raju dan Farhan. Selama dekade itu pula Chatur masih menyimpan dendam kepada Rancho, setelah kejadian di permalukannya dia oleh 3 idiot, saat pidato penghargaannya di depan umum. Chatur bergabung bersama Farhan dan Raju, memulai perjalanan untuk menemukan Rancho. Chatur telah menjadi pengusaha kaya dan sukses dengan tujuan akan memamerken keberhasilannya tersebut kepada Rancho.

Chatur juga ingin menunjukan kadar gengsinya yang begitu tinggi. Akan kerja sama dengan calon rekan bisnis yang memiliki banyak sekali paten bernama Phunsukh Wangru, merupakan orang yang sangat Chatur kagumi.

Akhirnya mereka menemukan rumah Rancho, bertepatan dengan hari meninggal ayahnya. Namun kaget bukan kepalang Raju dan Farhan menemukan Shyamaldas Chanchad (Rancho) adalah orang lain, bukan Rancho yang salam ini mereka kenal. Kemudian mereka mengancam pemilik rumah tersebut untuk membuang abu sisa pembakaran jasad ayahnya tersebut ke dalam kloset WC. Yang ternyata adalah wadah kosong, tanpa abu jasad. Salah mengambil wadah tempat abu yang asli. Namun sang pemilik rumah tersebut, hal itu dan akan memenuhi permintaan untuk mencaritakan mengenai Rancho yang asli.

Rancho, sebenarnya bukan keluarga sebenarnya. Suatu saat karena senang belajar di dapati ia di dalam kelas menggantikan menjadi bukan dirinya. Keluarga Rancho Jaaved Jaffrey, mengetahui hal ini kemudian Rancho membuat perjanjian untuk belajar, dengan mengunakan nama anaknya, yang kemudian izajahnya menjadi milik anaknya tersebut. Bukan milik Rancho. Rancho tidak peduli ia hanya ingin belajar, itulah sebabnya kenapa pada photo mahasiswa-mahasiswa di Imperial College of Engineering bukan photo Rancho melainkan foto orang lain yaitu orang yang sekarang menceritakan tentang Rancho teman Raju da Farhan. Ranho pun sekarang memulai hidup baru dengan menjadi guru di Ladakh

Keadaan semakin membingungkan, buat Raju dan Farhan. Setelah mengatahui cerita tersebut. Mereka meculik Pia yang saat itu hendak menikah dengan orang lain. Pia pun ikut serta dalam pencarian Rancho, yang menghilang tanpa jejak padahal ia sangat mencintai Rancho. Sesampainya di Ladakh, mereka mendapati sekelompok anak Ladakhi sangat antusias dan motivasi terhadap ilmu pengetahuan, sementara Chatur hanya mencela bahwa Rancho hanya menjadi seorang guru, bukan pebisnis terkenal. Sampai-sampai hal ini membuat Raju dan Farhan marah, kemudian memplester mulut Chatur dan meletakkannya di belakang Jok mobil.

Sementara, Pia berharap Rancho palsu akan kembali bisa menyalakan api cinta mereka yang selama ini terpendam. Setalah bertanya di mana Rancho palsu, akhirnya mereka mennmukannya sedang bermain dengan anak-anak. Rancho sangat terkejut melihat Pia dangang dengan mengunakan Skuter, alih-alih panas ia membuka helmnya berjalan mendekati Rancho. Seperti yang Rancho bayangkan dalam benaknya, bahwa wanita ini adalah jodohnya. Dan kemudian akan menciumnya. Sesampainya di dekat Rancho palsu, bukan ciuman yang ia dapat dari Pia, namun tamparan dan makian Rancho palsu dan kemana saja kau selama ini.

Setelah Pia mengetahui cerita dari Rancho palsu mengenai, perjanjiannya dengan keluarga tersebut, jika sudah selesai semua kegiatan belajarnya maka ia harus menghilangkan jejak, termasuk tidak boleh bertemu lagi dengan sahabat-sahabat yang berhubungan dengan dia di masa kuliah. Pia pun mengerti, kemudian menanyai Rancho palsu mengenai perasaannya?. Adakah wanita lain saat ini yang di cintainya?, Rancho menjawab ada!. Dengan raut muka yang sangat kecewa pia, bertanya kembali siapakah wanita tersebut?, Rancho palsu hanya tersenyum, dang mengatakan baha wanita twersebut adalah Pia. Pia mendadak sangat gembira sekali. Ia memeluk Rancho palsu dan menciumnya.

Tidak lama, Farhan dan Raju datang, memukuli Rancho palsu. Sampai akhirnya mereka berpelukan karena rindu. Raju dan Farhan kemudian bertanya tentang kebingungan mereka jadi siapa namamu sebenarnya?, Rancho menjawab!, Phunsukh Wangru. Pia terkejut dan berkata Wangru pemilik paten itu, yang sekarang tengah di kejar-kejar pengusaha dari jepang untuk bekerja sama.

Chatur datang terakhir, meledek Rancho yang sekarang tidak menjadi apa-apa dan sesukses dirinya. Bahkan ia menuduh Rancho mencuri Pulpen milik Viru, kemudian pergi seolah-olah ia adalah pemenangnya. Setelah agak jauh ia menelepon catur. Di dapati di call alert di hanpho chatur adalah Phunsukh Wangru, yang menelepon. Berbicara sangat sopan chatur cenderung mengemis. Kemudian Rancho Palsu alias Wangru, mengatakan kepada Chatur : "Bagaimana saya bisa menandatangani kesepakatan kita, jika pulpen saya anda ambil". chatur terkejut dan berbalik arah memohon maaf atas kekeliruannya. Sementara hanya di balas tawa oleh Wangru, Pia, Farhan dan Raju..

Monday, December 27, 2010

Saya Bangga Jadi Anak Malaysia

Strategi memukau
HANYA 90 minit lagi memisahkan Malaysia untuk mencatat sejarah sebagai juara baru Piala Suzuki AFF apabila menenggelamkan cabaran Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
“Sejak dari awal saya memberitahu pemain supaya bersikap agresif kerana Indonesia pasukan yang kuat namun dihampakan kerana sentuhan penyudah yang kurang baik.

“Indonesia pula bangkit dengan semakin yakin terutamanya dengan kelincahan pemain sayap, Oktovianus Maniani yang banyak mengancam pertahanan Malaysia,” kata ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal selepas perlawanan itu.
Tambah jurulatih berusia 54 tahun itu beliau terus memberikan arahan kepada pemain supaya bermain agresif pada separuh masa kedua kerana sedar saingan final kedua di di Jakarta, Rabu ini, sangat sukar dan ini adalah peluang terbaik untuk mencari gol.

“Usaha pemain menekan pertahanan lawan akhirnya berhasil apabila Indonesia mula melakukan kesilapan dan kita melalui jaringan pembukaan Mohd Safee Sali dan seterusnya dua lagi gol selepas itu.

“Saya sendiri tidak menyangka akan mencatatkan kemenangan 3-0 namun sejak awal saya bersikap optimis kerana Indonesia pertama kali beraksi di luar republik itu sepanjang kejohanan ini berlangsung,” tambahnya.

Mengenai perlawanan akhir kedua di Jakarta, Rajagobal menjelaskan beliau tidak akan menggunakan corak permainan bertahan saja.

“Ketika kita menentang Vietnam di Hanoi, walaupun bertahan kami tetap mempunyai beberapa peluang pada separuh masa kedua namun gagal menjaringkan gol,” katanya.

Malaysia yang layak ke final selepas 14 tahun nyata berada dikelas tersendiri apabila beraksi lebih baik pada separuh masa kedua diiringi sokongan kira-kira 70,000 penyokong tempatan di Stadium Nasional.

Skrip berbeza dipamerkan oleh anak didik Rajagobal bermula separuh masa kedua dengan lebih banyak mengawal permainan dan saat yang ditunggu oleh jutaan rakyat Malaysia akhirnya tiba pada minit ke-62 apabila Mohd Safee menewaskan penjaga gol lawan, Markus Harison Rihihina dengan rembatan leret di dalam kotak penalti.

Bola berpunca gerakan licik Norshahrul Idlan Talaha yang menewaskan pemain pertahanan Indonesia, Maman Abdurachman disebelah kiri gol lawan sebelum membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan dengan yakin menolak kepada Mohd Safee yang sedia menunggu.

Pemain gantian, Mohd Ashari Samsuddin yang masuk menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal di bahagian sayap kiri menambah derita Sang Garuda apabila rembatan kencang menewaskan Markus pada minit ke-67.

Belum pun Markus kembali tenang, Mohd Safee sekali lagi mempamerkan ketajamannya apabila tandukannya menewaskan penjaga gol veteran itu sekali gus mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan empat gol mengatasi Cristian Gonzales yang menjaringkan tiga gol.

Malaysia pada separuh masa pertama dilihat gugup apabila memberikan lebih banyak ruang kepada lawan untuk bergerak dengan kapten Indonesia, Firman Utina lebih banyak menguasai barisan tengah untuk merencanakan jentera serangan Sang Garuda yang diketuai oleh Cristian.

Kemenangan ini membolehkan Malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada Rabu depan.

Weekend Bersama Family Ku....

Hye.....

Selamat menjalankan tugas kembali skema kan ....selamat bekerja laaaa ha3... nie nak citer pasal weekend lepas...aku kan balik pahang syokk ooooo.... sabtu mlm kami wat bbq...yg x ada adik laki aku jek...so x meriah sangat laaa...tapi best...sbb yg tukang panggang adalah en.asben ku tersayang.....


Fist batch panggang udang, pastue hot dog with cheese, pastue yg merebut sotong, pastu kambing yg nie dinanti2...last sekali ayam...x ada sapa mkn sbb dah kenyang....ha3...start majlis kul 8.00pm kul 9.00pm dah siap makan sekali kemas lagik betapa pirananyer kami kah3....


Ahad petang adik aku sampai umah mak aku.... bawak frige magnet universal studio he3... biasalah orang baru kawin..berjalan jek...lagipun mereka itukan parasit...pindah randah menumpang...keje asing2.... ingat nak balik ptg smlm kul 5.30pm tapi ada bola...habis bola lah kami balik ...nasib menang x sia2 tunggu sampai kul 10pm kan.... best weekend nie jadi puteri...semua org layan...x leh wat tue wat nie...suh baring rehat jek... I LOVE U ALL....


I Love My Family

33 weeks pregnant



skin skull
Your baby now weighs about 4.2 pounds / 2 kilograms and measures approximately 17 inches / 44 centimetres from head to toe. Your baby should already be getting ready for birth by turning upside-down - his head should be pointing down.

Your baby's skull is still quite pliable and not completely joined, so he can ease out of the relatively narrow birth canal. But the bones in the rest of his body are hardening. Your baby's skin is also gradually becoming less red and wrinkled.

If you're a first-time mother, your child's head may move into the pelvis this week and press firmly against your cervix. (This happens for about half of all first-time mothers.) If you're a second-time mum, you can expect this to happen a week before labour - and for some this won't happen until the start of labour. Hoping to manage your labour naturally? Here's all you need to know about natural pain relief.

You may notice that your feet and ankles are quite swollen by the end of the day. Water retention, also known as oedema, is often worse in warm weather and late in the day. Surprisingly, keeping hydrated helps reduce water retention. Your body - particularly your kidneys - and your baby need plenty of fluids, so drink up. If you suddenly feel swollen or puffy in your hands or face, however, call your doctor - it may be a sign of pre-eclampsia.

Friday, December 24, 2010

Happy Holiday....

Kawan2 saya bercuti sampai 26 December 2010 so blog x berupdate sbb blom beli broadband.... ahad i update blog yekk....mcm ada yg nak tahu jek kan ha3.....

Happy Holidays picture
 

Friday Lunch is....................................

Ini lah lunch aku n officemate dihari jumaat...sbb memasing mls nak kuar ....aku lagilah mls sejak terboyot2 nie.... nak berjalan pun seksa hu3.....



Happy Birthday Ghinna

Happy birthday to you.......
Happy birthday to you......
Happy birthday to rizq ghinna
Happy birthday to you.........muah..muahhh....
From Akak n Abg Sham


Happy B-Day picture

Ho...Ho..Ho...Balik Kampung

Pagi semua.....   


0_good_morning_blue_ocean.gif

Pagi tadi mommy g HOSPITAL AMPANG to get appointment tuk checkup kencing Manis... tapi perlu ker appointment ku on 17 January 2011????? pastue 30 january dah last keje tuk prepared cuti besalin lak.... mc 2week before deliver .... hubby suh balik kg dia riso klu i terberanak dirumah sorang2....klu kat kg my mom ada kan..... 3 January 2011 ada appointment pemakanan tuk pesakit kencing manis...haruskah aku pegi???? bukan patut awl mengandung ker dia bg ceramah sebegitu? ish3....

Mlm tadi adik bongsu call kata today is she birthday....so sweet.... dia mesti ingat aku lupa la tue.... x ok hadiah pun dah ku sediakan...so mlm esk kiter wat bbq yer sayang ku RIZQ GHINA.... mlm nie nak balik pahang yeaaa berbunga2 hati ku nie....




0_christmas_cookie_group.gif

Thursday, December 23, 2010

Puding Jagung Arora

Balik keje tadi mood nak buat desert membuak2...sblm masak tuk dinner aku wat la dulu puding jagung arora he3....dan hasilnyer sungguh memuaskan hati mcm x caya pun ada...gelabah lebih baru wat puding jagung dah heboh....klu masak nasi beriani mau satu dunia tahu he3......nie dia puding nyerr ....








nie baru masuk dalam bekas......lom masuk frige lagi...dah sejuk hasilnyer mmg memuaskan...gambar dah potong tadi lupa nak snap he3...hubby kata sedap...kembang2 bontot aku he3.....




Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Fatin 1ST Giveaway..

Saya nak join GA fatin yg mudah dan ringkas ini.....jom la kiter beramai2 serbu blog ini dan KLIK2 DISINI





jadinya, syarat yang ditetapkan pun sgt la simple..

1st- sila tinggalkan link anda di ruang exchange link di akhir blog aten nie..
2nd- wajiblah menjadi follower blog aten kan..
3rd- letak banner GA aten kat atas ni di sidebar blog korang..
4th- tinggalkan comment anda di bahagian komen GA nie dgn menyatakan:

----> berapakah no. anda di ruang link kat bawah nie.
----> apakah warna kesukaan anda.

Fatin 1st GA akan tamat pada 26/12/2010..
pemenang akan ditentukan through lucky draw..
dan hadiah akan di beri mengikut warna kesukaan anda.. =D

UPIN & IPIN saya suka.....

Korang rasa ada x org muda remaja nak nengok citer upin & ipin..ada ok.....sila lah tatap pic dibawah....
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




 kah3...tuan tanah kedaung rupenyer .... i love cartoon



Amboi senyum melebar dapat bergambo ngan upin & ipin

LOLIPOP 1ST GIVEWAY




Jom Join GA ini sesapa berminat sila Tekan Di sini

http://3.bp.blogspot.com/_S1quY8dGu8c/TNgfxVAXmSI/AAAAAAAAAvE/Xv90vCzLbEg/s1600/loliPOP.jpg
Lolipop i dah follow kedua2 blog u and warnanyer adalah PINK

Movie Baru Yang mesti G nengok....

Gulliver's Travels



Release Date: 23 December 2010
Language: English
Subtitle: english / chinese
Genre: Comedy
Running Time: 1 Hour 28 Minutes
Director: Rob Letterman
Cast: Amanda Peet, Emily Blunt, Jack Black, Jason Segel

Synopsis: The big-screen adaptation of "Gulliver's Travels" has Jack Black taking on the title role of Lemuel Gulliver, a free-spirited travel writer. During an assignment to the Bermuda Triangle, he suddenly finds himself a giant among men when he is washed ashore on the hidden island of Liliput, home to a population of industrious, yet tiny, people.
Meet The Parents: Little Fockers


Release Date: 22 December 2010
Language: English
Subtitle: english / chinese
Genre: Comedy
Running Time: 1 Hour 39 Minutes
Director: Paul Wietz
Cast: Ben Stiller, Jessica Alba, Owen Wilson, Robert De Niro, Teri Polo

Synopsis: A sequel to "Meet The Parents" and its sequel "Meet The Fockers", "Little Fockers" will revolve around Greg Focker (Ben Stiller) and Pam Byrnes (Teri Polo) trying to cope with raising their five-year old twins. Robert De Niro and Owen Wilson will reprise their roles in this comedy movie wherein De Niro and Jane Rosenthal are serving as producers.

(Source: United International Pictures)

       

Cabutan bertuah

Nak join Cabutan bertuah ini mana tahu ada luck kan di hujung tahun leh makan coklat free he3...kepada yg berminat sila la TEKAN DISINI .....


Syarat2 yg mudah sesangat :
~ Just follow
~ buat entry kat blog u all yg mana ade blog..tulih je pe pon ..asalkan ade ltk link
http://myshopbello.blogspot.com
@ bg sesiapa tiada blog just share address blog myshopbello kat wall post FB u all
~ tulis kat ruangan komen ...kata...dah followwwwwww n ade entry u kat blog I @ dh followwwww...ade link u kat fb I.... :P

*Tarikh tutup : 31 Disember 2010

Banana Stories 1st Giveaway

Mari kiter join GA ini kay....sungguh syok masuk GA ini kerana mudah dan tenang tuk meneka jawapan....mommy pun hantap saja lah ...hope luck berpihak kepada mommy .... kepada rakan2 yang ingin join sila laaa terjah BLOG INI

 

guess which one my friend NORITAH

noritah is B

Selamat Pagi Malaysia

Moga hari ini lebih baik dari semalam .... alhamdulillah nenek ku dah sedar dari lamunannyer ... mak aku ada kat hospital bersama mak cik aku tuk jaga nenek yg masih terlantar dihospital...hari nie nampak dah ok skit ...dah boleh makan alhamdulillah....


Pagi2 aku dah call mak aku tanyer perkembangan...nenek dah ingat nama dia...ank2 dia aku x sure la dia ingat ker x... tapi gula lak tinggi yer la pagi2 dah mkn kuih pau kau...satu hari dia kena tido sbb nak rehatkan minda yang stress... aku riso mak aku lak tombang...dia x leh kalau x cukup tido org ada darah tinggi mmg mcm tue...aku pun sama x leh x cukup tido klu terlebih tido x per he3....

Mak aku maybe balik pahang ptg nie... aku esk nak balik pahang....klu mak aku masih kat jhr aku balik jhr ler...udah rindu sama bonda dan ayahda ku....mana leh sebulan x jumpa rindu taw...ape2 pun berlaku pada keluarga kami...kami akan cuba hadapi dengan senyuman......

Hadapi Dengan Senyuman

Artist: Dewa
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan

Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini

Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang




GIVEAWAY GIFT from CAMERON


Tempat pelancongan yang mommy nak share is LANGKAWI....... kami naik feri di kuala perlis...gerak dari kl kul 10.30 mlm sampai jeti kul 6.00pg....

 Wajah suram dipagi hari dengan x mandi ha3...


Kami check-in di cenang....seberang laut jek...ingat nak naik banana boat tetapi hari sudah golap.....
musnah impian


Cable car nie ngeri  gile....cable dia satu jek dengan angin yg kuat tetiba dia berenti kat tengah2 sbb angin terlalu kuat...berdebar2 hati masa tue tuhan jek tahu...tapi kalau x naik rugi he3...



kat sini leh nengok makan mahsuri...telaga mahsuri dan umah2 lama yg cantik....banyak lagi tempat menarik...tue belom tempat jual coklat,pinggan maknggkuk periuk belanga...mmg syok .... kami pergi 2 kereta bersama family side mommy....side mommy x ramai boleh la nak bawak semua he3...kami share2 laaa kan....

saya tag :tasya ,syura , ummi iman, sieha

Wednesday, December 22, 2010

anniversarry GA

Happy anniversary kepada penganjur GA yang budiman yang telah membuat GA ini....so saya mengambil peluang ini tuk join GA anda ... kepada rakan2 lain yang igin join mari la terjah Blog Ini 
 saya juga tag 2 rakan saya : tasya dan ummi iman
GA ini terbuka kepada semua follower niezzareenamemory02

kepada sesiapa yang berminat nak join, sila jadi follower NM dulu ye. bila korang dah follow, saya akan follow u ollsss plak. adil kan.

letak banner di atas pada sidebar blog korang dan letak link sekali
c
siap ketiga syarat di atas, sila tinggal komen kat n3 ini utk memudahkan saya menjejak anda
c

berikut adalah hadiah yang ditawarkan utk 2 orang pemenang

tempat pertama selendang yang kaler purple tu, dan yg coklat tu tempat ke dua


pada 2 orang pemenang yang tidak memakai tudung, hadiah misteri menanti anda. hadiah itu akan saya beli semasa saya di JB nnt. balik dari JB saya publish apakah hadiah itu. 

sila tag 2 org kawan anda

tarikh tutup adalah pada ahad, 26 dis 2010 jam 12 mlm