Nayli Mithali Binti Mohd Hisham

Lilypie First Birthday tickers

Follower Wanita INI

Tuesday, May 31, 2011

‘Berdebar luar biasa’

SAAT BAHAGIA...Salih bersama isteri keempatnya, Emi.
SAAT BAHAGIA...Salih bersama isteri keempatnya, Emi.
KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.
Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.
“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

KL Gengster.....wa cakap lu....


Baby Nayli kasi dussssh pada Kakak Jiha ...sbb k.Jiha x duk diam hampir terpijak saya yang baring nie.... x per nanti saya dah boleh jalan saya kacau k.Jiha pulak he3..... dalam hati Baby Nayli berkata



Baby Nayli vs Kakak Jiha

JAIDIARI FIRST RANDOM GIVEAWAY

Nak join Sila la Klik2 Disini

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

[banner%2520mid-year%2520GA%255B2%255D.jpg]

TARIKH TUTUP : 6 JUN 2011

para sponsors seperti di bawah :

Pizza Hut at Tesco Ampang

Sabtu lepas kami bertiga lunch di pizza actually dua jek yg mkn yg sorang lg tido sambil didendangkn lagu...punyer nyenyak dia tido....


kami amik meal for 2 person


Daddy Nayli 


Mommy Nayli




Baby Nayli

Cayook Baby Nayli Cayookkkkkk !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dalam Usia 3 Bulan 2 minggu Baby Nayli sedang berusaha untuk meniarap...tapi belum berjaya lagi kerana ponggong berat he...or diapers berat .... mommy rajin taw tukar diapers Baby Nayli... Seronok taw perasaan bila melihat progress Baby Nayli membesar...


Mula2 proses mengiring dahulu ya tuan2 dan puan2


 


Dan seterusnyer proses mngangkat kaki sambil berguling2 dan menjerit sbb x lepas2 nak meniarap ha3....

Dia Datang .......jeng..jeng..jeng

Kata org penantian satu penyiksaan...so sungguh seksa aku menunggu ...hu3....tapi penyiksaan berakhir pada jumaat lepas setelah pintu umah diketuk bagai kan org dalam umah nie pekak kan...ketukan tue hadir bersama yg dinanti he3...alhamdulillah selamat sampai dengan jayanyer...






Kotak misteri yang dinanti


Nengok dia punya x nak rosak kertas surat kabo sebemban 


Nampakan ada terselit duit disini tuan empunyer barang tue kata skin dia x cantik dia bayarla RM2.00


Tue la dia barangnyerrr MACAROON rupanyer he3......

Monday, May 30, 2011

MakCik KAyo !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Inilah Juara Mentor 5 Salma protege kepada Erra Fazira

Suara dia mmg Gempaq pun... iloike he3....

Tahniah !!!!!!!!! mAkcik KAyo!!!!!

Friday, May 27, 2011

Tomok pilih pramugari


KUALA LUMPUR: Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .
Tomok berkata, dia mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.

“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.

Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.

“Kami sebenarnya merancang mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa diuruskan sedikit demi sedikit sehingga tarikh sebenar dipersetujui Julai depan,” katanya.


Tomok berkata, kad jemputan perkahwinannya sudah siap ditempah dan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Menurut Tomok, selepas majlis akad nikah, kenduri sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama keesokan harinya.

“Pada 6 Julai pula, kami akan mengadakan majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media manakala kenduri pihak keluarga saya akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras,” katanya.

Lepas geram pada jiran

SHAH ALAM: Akibat tertekan kerana sering dibuli rakan sebaya di sekolah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melepaskan perasaannya dengan cara ganas apabila mengelar tangan dan menoreh muka seorang gadis yang juga jirannya.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, Azlina Ahmad, 24, cedera di tangan kiri dan muka serta menerima 14 jahitan selepas ditoreh kanak-kanak berkenaan di tempat letak kenderaan di rumahnya di Seri Era Apartment, Desa Latania, Seksyen 36 di sini.
Ketika ditemui semalam, Azlina yang masih trauma dengan kejadian tanpa disangka itu berkata, sewaktu kejadian dia hendak ke tempat kerjanya di Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) di Subang.

“Saya nampak budak itu di belakang kereta saya. Dia memakai seragam sekolah menunggu bas ke sekolah. Kemudian dia menghampiri saya yang ketika itu mahu menghidupkan enjin kereta.

“Budak itu bertanya sama ada saya mengenali tukang urut kerana ibunya sakit. Saya kata, nanti saya cuba tanyakan. Tiba-tiba saya nampak dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang sebelum melibas-libaskan benda itu terhadap saya,” katanya.

Sorok mayat dalam almari

KUALA LUMPUR: Takut rahsia terbongkar, seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Difahamkan, penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian Selasa lalu dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan.
Bagaimanapun, mungkin tidak tahan diselubungi rasa bersalah, penuntut itu akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam, sambil membawa mayat bayinya yang dibalut tuala.

Sumber berkata, selepas polis merakamkan percakapan gadis itu, kes berkenaan diserahkan ke IPD Cheras di sini untuk meneruskan siasatan kerana kelahiran bayi itu berlaku di daerah itu.

“Ketika gadis itu datang ke balai polis, dia membalut mayat bayinya menggunakan tuala. Pada mulanya anggota polis bertugas menyangka dia menjadi mangsa kes jenayah dan mahu membuat laporan.

Thursday, May 26, 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan



1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.


Hubungan cinta jarak jauh (menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi)



Mencabar dan sukar. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian, adalah tidak mustahil perhubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama.

Apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.

Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis.

"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.

"Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar," katanya.

Berikut beberapa tip bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:

1) Kepercayaan dan kejujuran

Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.

2) Komitmen

Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.

3) Selalu berhubungan


Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.

Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.

4) Jangan letakkan banyak harapan

Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.

Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.

5) Kesetiaan

Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.

Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.

6) Emosi


Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.



Monday, May 23, 2011

SYiLASYiRA 2ND GiVEAWAY





Nak join sila klik sini

Baby Nayli In The House


BAby NAyli Baru Belajar angkat tangan sambil tunjuk penumbuk he3


Dua2 nak di tumbuknyerrrr

Mommy dah rasuah susu 5oz supaya tido mommy n daddy nak dating makan dengan aman he3


Aktiviti baru Baby Nayli


Aktiviti Sblm Tido mengaru muka sampai bercalar balar


Tido dengan aman dalam stroller baru


Ini budak sudah pandai main buih air liur maka gugurlah rambut mommy mu ini


fokus pada mulut yg penuh air liur itu


Baby Nayli dah mcm Minie Mouse lakk reben besor kat tengah2 he3

Lawatan Sambil Belajar

Sabtu lepas my BFF dtg umah buat lawatan sambil belajar..almaklumlah next year nak langsung so tranning la pegang Baby Nayli... Datang dengan Cake Comel yang sodap taw..... lagi meriah my in lay ,sis in law and son pun ada he3...so bertambah2 l meriahnyerrr umah kami yg comel itu he3.... sila2 la menjamu mata anda dengan pic yg x seberapa ini...sila abaikan keadaan umah yg hanyut itu


Cake yang sodap yang dirai tido lak ...so no pic wit Baby Nayli



Mommy with iman yang garang tp comel


Muks with Baby Nayli yang ngah jeling uncle hery


Baby Nayli with Uncle Hery


Sian anak aku terlentok2 haaa



Haaa ngah menegur mommy dia la tueeee


Mommy & Daddy Nayli yang romantik..muahhh


 Muks with Iman...sian iman terpaksa


lentok anak aku weiiii


Gembiranyer ko mukssss

Thursday, May 19, 2011

Give-away Contest - FromKualaLumpur.blogspot.com

BErminat Join GA nie jom beramai2 Klik Disinun


CONTEST ends on the 31 of May 2011!

Sepatu Merah 1st Giveway


MAri BerGA bersama sepatu merah Berminat Terjah Disini

izzlorna.com 1st Special Giveaway

GA nie semperna birthday en.asben beliau...so i wish happy birthday ...nak join GA nie sila laa Klik2


Rakan TAg : 

ummi iman

sieha

Syura

First GiveAway Ibu balqis

GA nie semperna pembukaan blog beliau....so mommy pun memeriahkan lagi laaaa keadaan yg sudah meriah he3... Kepada blogger yang nak join mari ramai2 terjahh INI BLOG


Rakan TAg : 


Naufal N Nureen 2nd Giveaway

Mari  join GA simple dimple ini he3,,,,kepada yang rajin nak join jom terjah ramai2 Blog Nie


Tarikh tutup : 15 jun 2011 jam 11.59mlm

4th Batch GIVEAWAY Deqlis - Teka Percutian

Jom teka percutian ....untuk GA kai ie main teka2 percutiann.... sapa nak join Klik-Klik Disini


Jawapan : Pulau Langkawi

1st Giveaway by RedRidingBow

GA nie semperna Anniversary tuan punyer badan with husband... mommy wish uolls berbahagia sampai akhor hayat hendaknyer aminn...



Starting from today May 9,2011 until June 9,2011

Pin Juntai Contest by Ms Red Ribbon

Jom kita join Ms Red Ribbon Contest.....kali nie contest teka harga Pin juntai ayo2 mau teka teki teka tekuk lak nie....he3...klu ada rezeki x kemana yekkk mommy pun nak meneka gak mana lah tahu ada luck kan.... kepada yang berminat nak join sila Terjah Blog Ini





HARGA PIN JUNTAI YG MENJADI TARUHAN IALAH RM 19.90

Wednesday, May 18, 2011

Sepetang Bersama Kawan2....

Smlm kan wesak day kan..kan..kan.. tapi en.asben koje nak cari rezeki tuk kami sekeluarga...thanks yayang.... ptg dapat panggilan dari mama irfan ajak g JJ AU2 alaaa yg ada dak2 AF tue laaaa....tapi x nengok pun dak2 tue....he3....tujuan nak meet kawan2 kan... en.asben balik keje terus dia suh aku n Baby Nayli siap....Baby Nayli masa tue dah siap mandi ..and dah tido pon ...dia mmg dah mandi nak tido.... dia leh bangun daddy dia balik..bau jek dia kann... Baby Nayli mmg rapat ngan daddy dia...


Sampai JJ dalam kul 6.30pm.... terus cari parking and mencari mereka2 dikaroke ...aku x join laaaa ank aku nak tido masa tue...lagi pun dia kecik g aku takut gegendang telinga dia x dapat terima kebisingan dalam bilik karoke...demi Baby Nayli yang mommy sayangi selalu ku korbankan he3... kaum adam waktu tue main game biasalah teringan zaman bujang la tue kan2 kan2....


Dah boring main game diaorang serbu karoke lak...entah la daddy nyanyi lagu ape kan....dengar menjerit2 walaupun timeout ...excited la tue kannn he3...pas karoke g makan ikan bakar kat skinchan.... nak kata sedap sangat x laaaa kira ok lahh tempat dia nice sangat... pelayan restoran tue nak pegang Baby Nayli aku x bg sbb dia lembik lagi..satu g ngah mengamuk kang habis dia amuk satu restoran tue he3....


Sila jamu mata dengan gambar ank kecik cuma adam jek x ada waktu tue adamnyer ngamuk nak tido kannnx perrr la next time amik gambo ngan Baby Nayli taw



Abg irfan dah kepenatan tue yang tido..BAby Nayli tue ngah berangan nak tido sebenarnya tue.... he3

Tuesday, May 17, 2011

My Aisy First Teka Teki Giveaway!

Dikeheningan malam yang sunyi...puteri ku dan e.asben dah tido aku sibuk lagi melayan blog...untuk menyelesaikan teka teki teka tekuk ular mati atas pokok he3....kepada sahabat handai yg mau join ini GA mari serang ramai2 Disini
Dikesempatan ni nak wish appy anniversary to tuan penganjur moga berkekalan hendaknyerr aminnn






RM 426.15

Fabulouz Shawl's 1st Anniversary Giveaway

Nak join GA nie lahhhh....saja nak mengabiskan masa....dan hadiah nyer agak menarik perhatian laaa...almaklumlah tuan blog nie berniaga kannn comfirm la masyuk he3.... kepada yang nak join sila la terjah Blog Ini


Duration : 1 May 2011 - 31 May 2011

1st Blog Anniversary Contest!!

GA nie khas tuk kaum hawa sahaja taw....ini permintaan tuan punyer badan maybe hadiahnyer sesuai tuk gegirls je kot ...ape2 pon mommy cuba jugak lah mana taw luck Baby Nayli kan.... kepada rakan2 yang nak join di ingatkan kaum hawa sahaja....sila la klik2 DISINI


Bilakah Tarikh Anniversary Blog I ?
18 MAY 2011

Tag 3 blogger
ummi iman
syura
sieha

Tok..Tok..Tok..Tok...

Sedang asyik menidurkan Baby Nayli tetiba dengar satu ketukan di pintu ku...tok..tok..tokk....dalam hati berdebar2 menanti rupa2nyer yang dinanti sudah tiba....terima kasih kerana menghantarnya dengan kadar segera he3.....


Haaaaa yang dinanti menu lunch....nyum2 sodap ooooo ...en.asben koje kiter kay umah oder jer la he3.....


Creamy Carbonara
Pasta dish with creamy carbonara sauce, char-grilled chicken, Shitake mushrooms, onions and fresh green peas