Nayli Mithali Binti Mohd Hisham

Lilypie First Birthday tickers

Follower Wanita INI

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Karipap Sardin Buat Cinta

Salam mlm minggu.....

Aktiviti mlm minggu nie merialisasikan impian suami tercinta.... karipap sardin buatan isterinya....air tangan suami katanya.....

Percubaan pertama x la sesempurna mana..... tapi mommy dah cuba yang terbaik he3..... ssh jugak nak buat karipap nie...ingat senang ????.....

2 jam setengah jugak lah..... dari start buat inti sampai lah mengclaim karipap...
Berpoloh2 den....

Tapi seronok jugak sbb kita ikhlas buat untuk yg tersayang.... so ponat tue ilang begitu saja......

Marilah mommy2 n isteri2 diluar sana join mommy buat karipap karipap cinta.....

Thursday, December 23, 2010

Puding Jagung Arora

Balik keje tadi mood nak buat desert membuak2...sblm masak tuk dinner aku wat la dulu puding jagung arora he3....dan hasilnyer sungguh memuaskan hati mcm x caya pun ada...gelabah lebih baru wat puding jagung dah heboh....klu masak nasi beriani mau satu dunia tahu he3......nie dia puding nyerr ....








nie baru masuk dalam bekas......lom masuk frige lagi...dah sejuk hasilnyer mmg memuaskan...gambar dah potong tadi lupa nak snap he3...hubby kata sedap...kembang2 bontot aku he3.....




Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Tuesday, December 21, 2010

Dinner Untuk Org Segera


 Hotdog Comel with cheese...nyam2 sodap


Kentang Goreng Rangup




Sos Tomato + Cili


Teh 0 Ais Menyelerakan

Wednesday, December 1, 2010

Dinner Malam Ini

Sejak dua menjak nie mood masak kembali lagi....so my hubby gumbira la wifenyer masak.....aku  kesian kat hubby dah lama x rasa masakan aku yg suam2 kuku itu....




Ikan Kembong 3Rasa wa cakap Lu,,,,,first trial ...not bad 



Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5 biji cili hijau (dikisar)
  • 2 biji cili merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1cm halia (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  • Air

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
  3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.
  5. SELAMAT MENCUBA


Kacang Bonces Goreng Nyam2