Bagi mereka yang haidnya tidak teratur menyebabkan percantuman benih berlaku agak lambat sedikit kiraan E.D.D. ini akan berganjak.Pada amalan saya sendiri jarangkali saya biarkan ibu yang hamil melebihi seminggu selepas E.D.D.
Mengapa kita perlu mempercepatkan kelhiran setengah bayi?
Diantara sebab-sebab adalah seperti berikut.
1. Ibu yang mengalami penyakit darah tinggi ataupun toxemia kandungan (pre-eclampsia) yang biasanya bermula ketika umor kehamilan mencapai tujuh bulan. Dalam keadaan ini fungsi uri terganggu menyebabkan bekalan oksigen dan makanan kepada bayi ini terjejas dan kesannya padfa bayi dalam kandungan ialah gangguan dalam pertumbuhannya. Oleh itu jika bayi yang telah terjejas pertumbuhannya tidak dilahirkandengan cepat ia menghadapi risiko mati dalam perut.
2. Ibu yang menghadapi penyakit kencing manis atau diabetes. Dalam keadaan diabetes khususnya yang kurang stabil dan paras glukos dalam darahnya tidak dapat dikawal dengan ubat dan air kencing mengandungi gula bayi menghadapi risiko mati dalam perut. Seringkali bayi menjadi terlalu besar melebihi daripada ukuran atau pertumbuhan yang normal dan ini boleh menyulitkan kelahiran. Mengikut amalan biasa, adalah lebih baik dan lebih selamat bayi dilahirkan sebelum cukup bulan iaitu mulai 37 minggu kehamilan.
3. Keadaan-keadaan yang menyebabkan pertumbuhan bayi terjejas. ini boleh ditimbulkan oleh macam-macam perkara, samaada penyakit pada ibu seperti penyakit jantung kurang darah (anemia) atau keadaan yang tidak diketahui puncanya iaitu di mana uri menjadi rosak dan menjejaskan fungsi untuk membekalkan oksigen dan makanan.
Bayi bayi yang terjejas pertumbuhannya, biasanya dapat dikesan melalui timbang berat ibu yang tidak meningkat. Biasanya timbang ibu sampai ke lapan bulan adalah dalam lingkungan 10 hingga 12 kilo. Timbang berat yang tidak meningkat adalah petanda pertama dan bila diperiksa perutnya rahimnya agak kecil, menunjukkan bayi tidak membesar dan bila dibuat ultra-sound scanning nyata sekali ukuran bayi memang jauh lebih kecil daripada sepatutunya.
Keadaan ini jika dibiarkan sampai ke cukup bulan, mungkin bayi boleh mati dalam perut. Bayi-bayi seperti ini biasanya tidak boleh tahan proses sakit bersalin kerana kuncupan rahim boleh menjejaskan bekalan oxygen kepadanya. Oleh itu jika keadaan gangguan pertumbuhan bayi ini agak teruk, lebih selamat jika bayi ini dilahirkan secara pembedahan cesarean. Tetapi jika keadaanya belum sampai ke tahap membimbangkan, ia masih ada peluang untuk dipaksa kelahirannya secara “induction”.
4. Setengah orang memang memilih tarikh tertentu untuk melahirkan bayi atau mereka lebih selesa memilih cara kelahiran yang dipaksa (induceed) kerana ia tahu bila ia akan masuk ke hospital. Ertinya ia tak mahu menanti timbulnya kesakitan bersalin secara spontan kerana mungkin waktunya tidak sesuai, mungkin waktu itu ia keseorangan dan suaminya tiada di rumah dan tidak ada orang lain yang boleh menghantarnya ke hospital. Oleh itu ia lebih selesa untuk masuk dahulu dan bersalin secara paksaan. Ini hanya boleh dilakukan apabila bayi telah cukup bulan, makna selepas 37 minggu ke atas.
5. Bayi yang telha melebihi tarikh jangkaan bersalin iaitu lebih 40 minggu (postm-maturity). Jika tidak ada tanda-tanda ia boleh bersalin secara spontan dan saiz bayi telah telah mencapai ke tahap pertumbuhan yang memuaskan, lebih baik induction dilakukan untuk mencegah kemungkinan bayi lemas dalam atau mati dalam perut.
Bagaimana kita lakukan induction ini?
Terdapat banyak kaedah yang boleh mencetuskan kuncupan rahim bagi memulakan sakit bersalin. Ubat-ubat yang sering digunakan ialah ubat Oxytocin atau Pitocin yang diberikan secara drip melalui saluran darah, mulai dari dose yang rendah dan seterusnya ditingkatkan bergantung kepada reaksi kuncupan rahim. Di samping itu satu tatacara untuk memecahkan selaput karung bayi akan dilakukan dengan menggunakan satu alat melalui faraj. Proses ini digelar dengan nama A.R.M. atau 'Artificial rupture of membrane'. Air ketoban akan mengalir keluar dan dari warna air ini doktor boleh mengetahui tentang keadaan bekalan oksijen kepada bayi.
Dengan melakukan tatacara ini, biasanya ia akan mencetuskan kuncupan rahim dan memulakan proses sakit bersalin. Cara lain ialah dengan menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam saluran faraj. Diantara ubat-ubat ini ialah daripada hormon Prostaglandin dan terbaru sekali ialah ubat Cytotec yang biasanya digunakan untuk merawat sakit perut. Kita dapati dengan cara memasukkan ubat ini ke dalam saluran faraj, kuncupan rahim boleh dicetuskan.
Memantau sakit bersalin
Pada kebiasaannya proses ‘induction’ untuk mecetuskan sakit bersalin dimulakan pagi hari setelah pesakit diberi julap atau enema untuk mengosongkan saluran najis agar ia tidak menggganggu kelahiran kelak. Setelah ‘induction’ dimulakan, ibu tersebut akan disambungkan kepada bilik kawalan jururawat melalui komputer.
Kebanyakan pesakit akan lahir pada waktu petangnya atau awal malam, tetapi ada juga setengah wanita khususnya mereka yang melahirkan anak sulong akan mengambil masa agak lama sedikit, mungkin ada yang sampai keesokan harinya. Perlu diingat bahawa proses ‘induction’ ini hanyalah untuk mencetuskan sakit bersalin yang agak sama kualitinya dengan sakit bersalin yang berlaku secara spontan. Jangka waktu sakit biasanya tidaklah melebihi dengan sakit bersalin secara spontan dan ia dilakukan atas sebab-sebab tertentu dan yang memang ada asas untuk melakukan induction ini.
Oleh itu tidaklah perlu bimbang bahawa dengan melakukan 'induction' ini kemungkinan untuk lahir secara pembedahan atau forceps akan meningkat. ‘Induction’ adalah untuk mengurangkan risiko bayi mati dalam perut. Mengikut kajian perangkaan, kaedah ini memang telah dibuktikan faedahnya dalam mengurangkan kadar kematian bayi.
No comments:
Post a Comment