Nayli Mithali Binti Mohd Hisham

Lilypie First Birthday tickers

Follower Wanita INI

Monday, July 2, 2012

CIRIT-BIRIT DIKALANGAN BAYI

Cirit-birit adalah penyakit yang biasa terdapat dikalangan kanak-kanak terutamanya yang dibawah lingkungan umur dua tahun. Penyakit ini biasanya bermula dengan muntah-muntah diikuti dengan cirit. Najis yang keluar biasanya cair tetapi adakalanya bercampur denag darah. Demam selalunya tidak ketara. Penyakit ini lazimnya berakhir dalam beberapa hari tetapi adakalanya berterusan hungga berminggu-minggu.
 Penyakit cirit-birit masih merupakan satu punca kematian bayi yang utama dinegara ini dan juga diseluruh dunia terutamanya dinegara-negara yang sedang membangun.  Keadaan yang ada kaitan dengan tingginya kadar penyakit cirit-birit ialah taraf sosio-ekonomi yang rendah, ketiadaan bekalan air yang bebas dari kuman-kuman bakteria (sanitary water supply) serta persekitaran yang kotor.
 Penyeledikan telah menunjukkan bahawa dalam komuniti - komuniti yang rendah taraf sosio - ekonominya amalan pemberian susu tepung membawa kepada tingginya kadar bayi - bayi yang mati akibat cirit - birit. Ini mungkin ada kaitan dengan pencemaran air yang digunakan untuk membancuh susu serta juga alat - alat yang digunakan seperti botol - botol atau puting - puting susu. Memandangkan hakikat inilah sebagai pertubuhan sedunia seperti  World Health Organisation ( W.H.O ) , UNICEF dan pertubuhan - pertubuhan perubatan antarabangsa telah mengesyorkan supaya semua negara didunia khususnya negara - negara yang sedang membangun yang masih mempunyai kadar kematian bayi yang tinggi mengalakkan penduduk - penduduk mereka meneruskan amalan pemberian susu badan kepada bayi - bayi.
 Di negara ini usia enam bulan hingga setahun merupakan lingkungan umur yang selalu terdapat berlakunya penyakit cirit - birit. Ada anggapan yang mengatakan bahawa cirit - birit dalam tempoh usia ini adalah biasa bagi kanak - kanak yang membesar  . Secara kebetulan penyakit cirit - birit yang menyerang bayi dan kanak - kanak biasanya disebabkan oleh kuman virus  (ROTA Virus ) atau kuman - kuman bakteria seperti E. Coli , Shigella , Salmonella , Campylobacter  dan lain - lain. Bayi - bayi yang diserang penyakit cirit - birit mungkin muntah - muntah dahulu sebelum cirit. Najis yang kelihatan berair sahaja lazimnya disebabkan oleh Rota Virus dan E. Coli. Adakalanya najis itu bercampur dengan darah. Ini biasanya disebabkan oleh kuman bakteria seperti Shigella , Enteropathogenic E. Coli , Salmonella , Campylobacter. Demam mungkin tidak wujud sama sekali , tetapi apa yang merunsingkan ialah kanak - kanak  atau bayi yang muntah - muntah serta cirit - birit cepat mendapat kekeringan kadangkala dalam masa beberapa jam sahaja dan jika tidak dirawat dengan segera mungkin boleh membawa maut. Bayi - bayi yang kecil mempunyai risiko yang tinggi dan kumpulan inilah yang selalu menemui maut akibat penyakit cirit - birit.
Doktor - doktor  mengenali tahap kekeringan yang dialami dengan memerhatikan beberape tanda. Bayi-bayi yang mengalami tahap kekeringan yang rendah biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda yang mudah dikenali selain daripada kekeringan yang kurang daripada lima peratus. Pada tahap yang sederhana  ( dari 5 - 10 Peratus tahap kekeringan ) bayi - bayi yang sering menunjukkan tanda - tanda seperti mata tenggelam , ubun - ubun turun dan kulitnya kendur. Dia juga mungkin mengantuk serta kurang membuang air kecil. Tahap kekeringan yang sangat merbahaya ( kekeringan lebih dari 10 % ) menunjukkan bayi - bayi yang seakan - akan tidak sedarkan diri dan kulitnya bukan sahaja kendur tetapi juga terasa sejuk , ubun - ubun dan matanya tenggelam dan kalau dia diangkat , badannya terasa lembut dan ringan sahaja. Dia tidak benyak membuang air kecil dan air kencing itu pekat sahaja. Suhu badannya mungkin tinggi dan kadangkala , dia mungkin sawan. IBU BAPA TIDAK SEHARUSNYA MEMBIARKAN ANAK MEREKA YANG MENGALAMI CIRIT - BIRIT SAMPAI KE TAHAP MERBAHAYA KERANA INI MUNGKIN MEMBAWA MAUT.
Langkah - langkah yang perlu diambil
Walaupun bayi cirit dia berupaya menyerap air dan glukos. Ibu bapa disarankan supaya tidak memberi bayi semua formula susu tepung serta pepejal pada waktu penyakit ini menyerang bayi. Doktor - doktor menyarankan para ibu untuk terus memberikan susu badan dan menampungnya dengan memberi larutan glukos dan garam ( Oral Rehydrating Solution ). Susu tepung atau pepejal boleh diberi dengan beransur - ansur apabila penyakit ini mula reda. Tujuan penting di dalam rawatan cirit - birit dikalangan bayi ialah untuk mencegah berlakunya kekeringan. Pada masa dahulu ramai ibu memberi bayi mereka air nasi untuk merawat cirit - birit dan amalan ini telah diuji dengan cara saintifik oleh doktor - doktor di singapura. Amalan ini didapati sungguh memuaskan. Nasi itu perlu dimasak sehingga menjadi bubur dan airnya diambil untuk diberi kepada bayi yang cirit. Tetapi pada masa kini larutan air yang mengandungi garam dan glukos ( Oral Rehydrating Solution ) mudah didapati di klinik - klinik dan telah pun diakui di seluruh dunia sebagai rawatan yang paling sesuai untuk bayi - bayi yang cirit - birit.
Jika bayi - bayi terus menunjukkan tanda - tanda kekeringan yang terus melarat walaupun rawatan secara ini telah dimulakan perlulah bayi dibawa ke klinik atau ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut di mana kekeringan boleh dirawat dengan cara drip ( intravenous infusion ). Antibiotik atau bancuhan ubat  untuk mengurangkan cirit dan muntah biasanya tidak dikesan jika diberi kepada kebanyakkan bayi yang menghidap penyakit ini.
Komplikasi
Sebahagian bayi - bayi kecil yang mengalami cirit - birit didapati terus cirit sehingga lebih dari dua minggu. Keadaan yang dipanggil post - enteritis syndrome ini adalah merbahaya kerana bukan sahaja timbang berat bayi merosot tetapi boleh membawa kepada morbiditi dan kematian. Rumusan dari penyelidikan yang dibuat di negara kita sendiri menunjukkan bahawa keadaan ini terdapat di kalangan bayi - bayi yang diberi susu tepung dan menunjukkan tahap pemakanan yang rendah serta bayi - bayi yang mengalami cirit - birit akibat kuman bakteria  . Cirit - birit yang berpanjangan memerlukan perhatian doktor - doktor kerana cara rawatan yang sewajarnya mungkin perlu diatur  ' Post - enteritis syndrome ' ini jika berterusan boleh membawa kepada tahap pemakanan yang rendah ( malnutrition ) dan akan turut menjejaskan perkembangan bayi.
Pencegahan
 Ibu - ibu disarankan supaya memberi susu badan kepada bayi dari lahir lagi kerana susu ibu mempunyai beberapa kuasa perlindungan untuk mencegah penyakit - penyakit termasuk cirit - birit. Bagi ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi mereka , kebersihan diri dan kebersihan alat - alat yang digunakan untuk membancuh susu adalah penting supaya bayi tidak terdedah kepada kuman yang boleh menyebabkan penyakit cirit ini. Memang jelas penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa kini telah banyak berkurangan dengan adanya bekalan air yang bersih dari kuman. Bagi kawasan - kawasan yang masih terpaksa mendapat bekalan air dari perigi - perigi air itu mestilah dimasak terlebih dahulu. Botol , sudu serta segala yang digunakan untuk membancuh susu mesti dimasak terlebih dahulu.
Perkara yang masih didalam proses penyelidikan ialah pengimunan seperti yang terdapat untuk penyakit - penyakit polio , kerongkong , kol - kol dan demam kepialu. Vaksin untuk mencegah penyakit cirit - birit oleh virus Rota dan bakteria E.coli sedang diuji dan ini akan membawa harapan yang besar untuk mengawasi penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada masa hadapan jika ujian ini berhasil.

2 comments: