Cirit-birit
adalah penyakit yang biasa terdapat dikalangan kanak-kanak terutamanya yang
dibawah lingkungan umur dua tahun. Penyakit ini biasanya bermula dengan muntah-muntah
diikuti dengan cirit. Najis yang keluar biasanya cair tetapi adakalanya bercampur
denag darah. Demam selalunya tidak ketara. Penyakit ini lazimnya berakhir dalam
beberapa hari tetapi adakalanya berterusan hungga berminggu-minggu.
Penyakit
cirit-birit masih merupakan satu punca kematian bayi yang utama dinegara ini
dan juga diseluruh dunia terutamanya dinegara-negara yang sedang membangun. Keadaan yang ada kaitan dengan tingginya kadar penyakit cirit-birit ialah
taraf sosio-ekonomi yang rendah, ketiadaan bekalan air yang bebas dari kuman-kuman
bakteria (sanitary water supply) serta persekitaran yang kotor.
Penyeledikan
telah menunjukkan bahawa dalam komuniti - komuniti yang rendah taraf sosio -
ekonominya amalan pemberian susu tepung membawa kepada tingginya kadar bayi
- bayi yang mati akibat cirit - birit. Ini mungkin ada kaitan dengan pencemaran
air yang digunakan untuk membancuh susu serta juga alat - alat yang digunakan
seperti botol - botol atau puting - puting susu. Memandangkan hakikat inilah
sebagai pertubuhan sedunia seperti World
Health Organisation ( W.H.O ) , UNICEF dan pertubuhan - pertubuhan perubatan
antarabangsa telah mengesyorkan supaya semua negara didunia khususnya negara
- negara yang sedang membangun yang masih mempunyai kadar kematian bayi yang
tinggi mengalakkan penduduk - penduduk mereka meneruskan amalan pemberian susu
badan kepada bayi - bayi.
Di
negara ini usia enam bulan hingga setahun merupakan lingkungan umur yang selalu
terdapat berlakunya penyakit cirit - birit. Ada anggapan yang mengatakan bahawa
cirit - birit dalam tempoh usia ini adalah biasa bagi kanak - kanak yang membesar . Secara kebetulan penyakit cirit - birit yang menyerang bayi dan kanak
- kanak biasanya disebabkan oleh kuman virus (ROTA Virus ) atau kuman - kuman bakteria seperti E. Coli , Shigella
, Salmonella , Campylobacter dan
lain - lain. Bayi - bayi yang diserang penyakit cirit - birit mungkin muntah
- muntah dahulu sebelum cirit. Najis yang kelihatan berair sahaja lazimnya disebabkan
oleh Rota Virus dan E. Coli. Adakalanya najis itu bercampur dengan darah. Ini
biasanya disebabkan oleh kuman bakteria seperti Shigella , Enteropathogenic
E. Coli , Salmonella , Campylobacter. Demam mungkin tidak wujud sama sekali
, tetapi apa yang merunsingkan ialah kanak - kanak atau bayi yang muntah - muntah serta cirit - birit cepat mendapat kekeringan
kadangkala dalam masa beberapa jam sahaja dan jika tidak dirawat dengan segera
mungkin boleh membawa maut. Bayi - bayi yang kecil mempunyai risiko yang tinggi
dan kumpulan inilah yang selalu menemui maut akibat penyakit cirit - birit.
Doktor
- doktor mengenali tahap kekeringan
yang dialami dengan memerhatikan beberape tanda. Bayi-bayi yang mengalami tahap
kekeringan yang rendah biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda yang mudah dikenali
selain daripada kekeringan yang kurang daripada lima peratus. Pada tahap yang
sederhana ( dari 5 - 10 Peratus
tahap kekeringan ) bayi - bayi yang sering menunjukkan tanda - tanda seperti
mata tenggelam , ubun - ubun turun dan kulitnya kendur. Dia juga mungkin mengantuk
serta kurang membuang air kecil. Tahap kekeringan yang sangat merbahaya ( kekeringan
lebih dari 10 % ) menunjukkan bayi - bayi yang seakan - akan tidak sedarkan
diri dan kulitnya bukan sahaja kendur tetapi juga terasa sejuk , ubun - ubun
dan matanya tenggelam dan kalau dia diangkat , badannya terasa lembut dan ringan
sahaja. Dia tidak benyak membuang air kecil dan air kencing itu pekat sahaja.
Suhu badannya mungkin tinggi dan kadangkala , dia mungkin sawan. IBU BAPA TIDAK
SEHARUSNYA MEMBIARKAN ANAK MEREKA YANG MENGALAMI CIRIT - BIRIT SAMPAI KE TAHAP
MERBAHAYA KERANA INI MUNGKIN MEMBAWA MAUT.
Langkah
- langkah yang perlu diambil
Walaupun
bayi cirit dia berupaya menyerap air dan glukos. Ibu bapa disarankan supaya
tidak memberi bayi semua formula susu tepung serta pepejal pada waktu penyakit
ini menyerang bayi. Doktor - doktor menyarankan para ibu untuk terus memberikan
susu badan dan menampungnya dengan memberi larutan glukos dan garam ( Oral Rehydrating
Solution ). Susu tepung atau pepejal boleh diberi dengan beransur - ansur apabila
penyakit ini mula reda. Tujuan penting di dalam rawatan cirit - birit dikalangan
bayi ialah untuk mencegah berlakunya kekeringan. Pada masa dahulu ramai ibu
memberi bayi mereka air nasi untuk merawat cirit - birit dan amalan ini telah
diuji dengan cara saintifik oleh doktor - doktor di singapura. Amalan ini didapati
sungguh memuaskan. Nasi itu perlu dimasak sehingga menjadi bubur dan airnya
diambil untuk diberi kepada bayi yang cirit. Tetapi pada masa kini larutan air
yang mengandungi garam dan glukos ( Oral Rehydrating Solution ) mudah didapati
di klinik - klinik dan telah pun diakui di seluruh dunia sebagai rawatan yang
paling sesuai untuk bayi - bayi yang cirit - birit.
Jika
bayi - bayi terus menunjukkan tanda - tanda kekeringan yang terus melarat walaupun
rawatan secara ini telah dimulakan perlulah bayi dibawa ke klinik atau ke hospital
untuk mendapat rawatan lanjut di mana kekeringan boleh dirawat dengan cara drip
( intravenous infusion ). Antibiotik atau bancuhan ubat untuk mengurangkan cirit dan muntah biasanya tidak dikesan jika diberi
kepada kebanyakkan bayi yang menghidap penyakit ini.
Komplikasi
Sebahagian
bayi - bayi kecil yang mengalami cirit - birit didapati terus cirit sehingga
lebih dari dua minggu. Keadaan yang dipanggil post - enteritis syndrome ini
adalah merbahaya kerana bukan sahaja timbang berat bayi merosot tetapi boleh
membawa kepada morbiditi dan kematian. Rumusan dari penyelidikan yang dibuat
di negara kita sendiri menunjukkan bahawa keadaan ini terdapat di kalangan bayi
- bayi yang diberi susu tepung dan menunjukkan tahap pemakanan yang rendah serta
bayi - bayi yang mengalami cirit - birit akibat kuman bakteria . Cirit - birit yang berpanjangan memerlukan perhatian doktor - doktor
kerana cara rawatan yang sewajarnya mungkin perlu diatur ' Post - enteritis syndrome ' ini jika berterusan boleh membawa kepada
tahap pemakanan yang rendah ( malnutrition ) dan akan turut menjejaskan perkembangan
bayi.
Pencegahan
Ibu
- ibu disarankan supaya memberi susu badan kepada bayi dari lahir lagi kerana
susu ibu mempunyai beberapa kuasa perlindungan untuk mencegah penyakit - penyakit
termasuk cirit - birit. Bagi ibu - ibu yang memberi susu tepung kepada bayi
mereka , kebersihan diri dan kebersihan alat - alat yang digunakan untuk membancuh
susu adalah penting supaya bayi tidak terdedah kepada kuman yang boleh menyebabkan
penyakit cirit ini. Memang jelas penyakit cirit - birit di kalangan bayi pada
masa kini telah banyak berkurangan dengan adanya bekalan air yang bersih dari
kuman. Bagi kawasan - kawasan yang masih terpaksa mendapat bekalan air dari
perigi - perigi air itu mestilah dimasak terlebih dahulu. Botol , sudu serta
segala yang digunakan untuk membancuh susu mesti dimasak terlebih dahulu.
Perkara
yang masih didalam proses penyelidikan ialah pengimunan seperti yang terdapat
untuk penyakit - penyakit polio , kerongkong , kol - kol dan demam kepialu.
Vaksin untuk mencegah penyakit cirit - birit oleh virus Rota dan bakteria E.coli
sedang diuji dan ini akan membawa harapan yang besar untuk mengawasi penyakit
cirit - birit di kalangan bayi pada masa hadapan jika ujian ini berhasil.