Dua wanita sarat mengandung berusia 20-an dipercayai ingin menjual bayi dalam kandungan mereka turut ditahan.
Selain itu, polis menahan dua orang termasuk wanita dipercayai ejen sindiket berkenaan.
Dalam serbuan pertama kira-kira jam 6 petang di sebuah klinik Sabtu lalu yang dilancarkan Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman, polis menemui dua bayi iaitu lelaki dan perempuan dalam klinik berkenaan.
Seorang wanita dipercayai ejen sindiket penjualan bayi yang juga pekerja di klinik berkenaan berusia lewat 20-an diberkas. Menurut sumber, polis melakukan risikan dan intipan di premis berkenaan hampir sebulan selepas menerima maklumat berkaitan kegiatan itu.
“Usaha itu dilakukan bagi memastikan premis berkenaan benar-benar terbabit dalam kegiatan haram itu.
“Malah, pihak berkuasa juga mengarahkan anggota menyamar sebagai pasangan suami isteri yang mahu membeli bayi,” katanya.
Sumber berkata, penyamaran terancang itu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa memperdaya ahli sindiket terbabit untuk menunjukkan bayi yang hendak dijual kepada pasangan berkenaan.
Katanya, bayi berkenaan sihat dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan sementara.
“Wanita berkenaan direman lima hari bagi membantu siasatan,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa sedang mengesan pemilik premis itu yang disyaki turut terbabit.
Dalam serbuan berasingan kira-kira jam 11 malam di sebuah rumah teres di Subang, seorang bayi lelaki berusia 14 hari dan dua wanita sarat mengandung ditemui dalam rumah itu yang dijaga seorang lelaki berusia lewat 30-an.
Menurut sumber, bayi yang diselamatkan itu kemudian dihantar ke JKM untuk perlindungan sementara, manakala lelaki dan dua wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
“Setakat ini, polis masih menyiasat kepada siapa bayi berkenaan akan dijual,” katanya.
No comments:
Post a Comment