Sakit pada Faraj
Sekiranya  anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan  mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga  2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang  panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.
Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik
Darah nifas
Anda  akan  mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin.  Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur  kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat  seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa  semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik  pula. Pastikan pad sanitari ditukar dengan kerap untuk mengelakkan  jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku  sekali sekala. Ia kerap terjadi.
Walaubagaimanapun, sekiranya  anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.
- Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
- Darah yang keluar berbau busuk
- Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
- Mengalami demam 38 darjah atau lebih
Sakit rengat
Sakit  pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi puan jangan  risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan  rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko  tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih  kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagamanapun,  sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau  busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpa doktor untuk  pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.
Susah kencing
Bengkak  dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang  boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat  senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk  pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama  kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari.  Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa  hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi  kencing. Jumpalah dengan doktor ye.
Terkencing tanpa kawalan
Kehamilan  dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal  pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh  menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan  kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin  atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk  sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3  bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan  dan pakai pad wanita sekiranya perlu.
Buasir
Sekiranya  anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air  besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang  tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur  menjadi kembang. Untuk  megurangkan rasa tidak selesa, puan  disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur.  Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda  disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan  walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan  memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda  sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh  meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.
Sembelit
Sembelit  kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa  membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk  mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan  berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas  sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas  sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi  dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda  lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi  sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk  laksatif yang sesuai semasa pantang.
Sakit Buah dada
Selepas  beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya  dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak  selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula  pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan  ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau  suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit  seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun  anda menyusu.  Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar  terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu  kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala  pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.
Rambut gugur
Semasa  hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon  dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula  mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa.  Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda  lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi.  Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang  kerana takut  ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau,  dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa.  Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan  mewarnakan rambut secara keterlaluan.
Perubahan warna kulit
Anda  mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher  sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan  oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini  akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut  walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari  berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan  kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya  secara beransur ansur.
Perubahan emosi
Selain  dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti  ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada  juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia  selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba  dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat  dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya  anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.
Perut buncit dan berangin
Sebaik  sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak  ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang  hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan  risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan  lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas  beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda  seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif,  berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat.  Terimakasih kepada bayi anda. 
Pemeriksaan selepas pantang
Selepas  6 minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk  pastikan sistem peranakan anda pulih 100%. Ujian Pap dan US mungkin akan  dibuat. Ambil peluang ini untuk bertanya tentang kaedah perancang  keluarga, sebarang isu tentang penyusuan dan bayi atau apa jua masalah  yang menganggu fifkiran. Selalunya selepas 6 minggu anda sudahpun sihat  sepenuhnya dan dapat menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dalam  menjalani kehidupan baru.
 

 

No comments:
Post a Comment