Nayli Mithali Binti Mohd Hisham

Lilypie First Birthday tickers

Follower Wanita INI

Wednesday, January 12, 2011

Lelaki Berkulit Gelap Lebih Seksi ?

LONDON: Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya, cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza  lelaki sukakan wanita berkulit cerah, manakala wanita lebih meminati
lelaki berkulit gelap.

Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian,
perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.

Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri,
rakus, bahaya serta ada tarikan seks.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ia hasil kajian terbaru
sekumpulan saintis Barat di Universiti Toronto, Kanada, yang
merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan,
mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah,
berambut perang yang dianggap paling menawan.

Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap  daripada sawo
matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik.

“Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan
sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya
penarik dan antara ciri utama rujukan sosiol. Boleh dikatakan, apa
yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta, kata Dr Shyon
Baumann, ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu.


Apa kata wanita?? Adakah wanita Malaysia pun berpendapat begitu??

No comments:

Post a Comment