Nayli Mithali Binti Mohd Hisham

Lilypie First Birthday tickers

Follower Wanita INI

Wednesday, December 8, 2010

Ibu 70thn TerBiar...wajarkah????

Sentral: Inap terbaring bersendirian


INAP ditinggalkan bersendirian tanpa  berpakaian menyuap sisa makanan di atas katil di rumahnya di Kampung Melekek  Dalam, Alor Gajah, Melaka.

Wanita 70 tahun  ditinggalkan bogel di rumah usang


ALOR GAJAH: Seorang ibu  berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di  sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, semalam, dipercayai  ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.

Warga tua malang ini  didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian,  manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau  busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60,  berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal  seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau  beberapa tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan,  minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini  berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi  kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan  penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan  berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus  menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.

Katanya, wanita  itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya  selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah  bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat  maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak  berhasil.
"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang  sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan  dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua  ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan  termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus,"  katanya.

Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah  kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak,  manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan.  

No comments:

Post a Comment